selamat datang blog ku

Sunday, July 31, 2011

Assalamulaikum...

Tarikh lihat anak bulan Ramadhan Ahad ini 


Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah)
(Solat Semai  disiplin ,sikap mulai)

SOLAT adalah acuan terbaik bagi membentuk peribadi mulia kerana ia ibadat paling disukai Allah selain menjadi tiang agama Islam. Solat yang khusyuk menunjukkan kerendahan jiwa yang maksimum di depan Allah.

Bermula dengan berada pada kedudukan yang tinggi ketika berdiri, disudahi dengan kerendahan dan kehinaan ketika berada pada penghujung solat dengan keadaan duduk merendahkan diri di hadapan Allah.

No comments:

Post a Comment