selamat datang blog ku

Friday, May 6, 2011

Keadaan hati dan ubatnya...


Rasullah s.a.w berpesan kepada Abdullah bin Umar : "Jadikanlah (hidupmu) di dunia ibarat seorang tamu atau pengembara yang sedang singgah di tengah perjalanan." (riwayat Bukhari)..Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar..Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran.

Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, ...lantaran takut pangkatnya hilang.

Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.

1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin.

jika punya tambahan penyakit-penyakit hati serta ubatnya, perkongsian anda amatlah dihargai ^^ 

Tuesday, May 3, 2011


Penyanyi lagu Thank You Allah cuba lupakan kisah kejahilan
SUATU ketika dulu dia pernah lalai dan hanyut dalam arus dosa dan noda. Leka dengan godaan dunia sehingga lupa pada agamanya sendiri. Itulah pengakuan penyanyi popular, Maher Zain, saat mendedahkan kisah silam sewaktu zaman kejahilannya tiga tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, dia terlalu asyik mengejar keduniaan dan banyak menghabiskan masa dengan berhibur, membuatkan dia semakin lupa pada yang Esa.
Ditambah hakikat dia sering dikelilingi sahabat yang tunggang langgang perjalanan hidupnya membuatkan Maher tersasar dalam mencari arah tuju. Mujurlah dalam keadaan terumbang-ambing begitu, Tuhan cepat memberikan kesedaran. Lantas, dia bangkit dan mencari jalan memperbetulkan diri.
“Tiga tahun lalu, hidup saya penuh dengan noda dan dosa. Macam-macam perkara jahat yang saya lakukan. Mencari hiburan di kelab malam, bersosial hingga lupa diri. Tapi mujurlah kesedaran itu datang dengan cepat dan saya tidak sempat untuk terjebak dalam gejala sosial yang lebih dahsyat seperti penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol.
“Dari situ saya sedar, Tuhan sentiasa ada di sisi saya untuk memberi panduan dan tidak mahu terus membiarkan saya terus sesat dan terumbang-ambing dalam menjalani kehidupan yang fana ini,” ujar Maher ketika ditemui pada majlis pelancaran album perdananya, Thank You Allah, di Menara Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Pada majlis itu, Maher turut menerima anugerah Platinum apabila album yang mula berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu itu berjaya dijual sebanyak 30,000 unit. Satu angka yang cukup hebat untuk penyanyi baru sepertinya.
Penghijrahannya itu dilakukan dengan rela hati, tanpa sebarang paksaan dari sesiapa. Cerita penyanyi Insha Allah ini, sampai satu tahap, ada getar di hati menyatakan apa yang dilakukannya itu adalah salah.
“Ada ketika saya sendiri sampai tahap bertegang urat dengan kawan-kawan dan mempertikaikan apa yang kami sudah lakukan sebelum ini. Dari situ, saya secara berdikit-dikit meninggalkan semua tabiat buruk. Perkenalan dengan komposer terkenal Red One menjadi titik tolak saya mengembangkan bakat sebagai seorang penulis lagu.
“Berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya cuba menyampaikan mesej bahawa walaupun kita sudah tersesat jauh, namun Allah sentiasa ada di sisi dan tetap menunjukkan jalan kebenaran,” tutur pemuda berusia 28 tahun ini.
Apabila dia menghasilkan album sulungnya, apa yang berlegar di fikiran adalah sekadar berkongsi bakat serta menyalurkan amanat berguna untuk semua penggemar muziknya. Namun tidak pula dia menyangka sambutan luar dugaan yang terbentang di depan mata.
“Saya tak tahu nak kata apa. Apabila album ini berjaya menarik perhatian peminat dari pelbagai negara, itu sudah cukup menggembirakan saya. Sekurang-kurangnya saya tahu mereka suka dengan apa yang saya hasilkan. Dan lebih mengujakan, golongan bukan Islam juga menyukai album ini,” cerita Maher lagi.
Ditanya apakah pandangannya terhadap sikap sesetengah pihak yang begitu fobia dengan Islam serta sering melabelkan agama suci ini dengan perkara tidak baik, Maher berkata, menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menunjukkan sifat terpuji seperti yang dikehendaki Islam supaya mereka di luar sana tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan musuh agama.



( Maher Zain-thank you Allah.....)



Sunday, May 1, 2011

Assalamulaikum....

Kau sentuh Hati Ku


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Terima Kasih Atas PemberianMU,
Terima Kasih Atas Apa Yang Telah Tejadi,
KAU Selalu Menemani Ku Tanpa Kusedari,
KAU Tak Pernah Biarkan Aku Sendirian Menjalani Hidup Ini,
KAU Selalu Bersamaku.

Terima Kasih Kerana KAU Telah Menyentuh hatiku,
Dikala Aku Lalai Di Pentas Duniawi,
KAU Telah Memperingatiku,
KAU Tidak Pernah Lupa Memberi Rancangan Yang Terbaik, BuatKu Walaupun Aku Selalu Lupa PadaMU.


Terima Kasih Ya Allah,
KAU Telah Menyentuhku Dengan Kasih-SayangMU,
KAU Telah Mengubah Hidupku Menjadi Yang Baru,
Bagai Emas Yang Murni Berkilauan,
KAU Telah Membentuk Kekuatan Hatiku.

Perjalanan Hidup Ini Telah,
Mengajarku Tentang Kehidupan,
KAU Tidak Pernah Lelah Untuk Memberi,
Tidak Pernah Sedikitpun KAU Meminta.

Terima Kasih Kerana Menyentuh Hatiku,
Terima Kasih Kerana Kasih-SayangMU,
Sebuah Kasih Yang Selalu Memberi,
Bagai Air Yang Mengalir,
Yang Tidak Pernah Berhenti.

TERIMA KASIH YA ALLAH!!