selamat datang blog ku

Saturday, September 24, 2011

thank you to adk kelima coz belanja kek dan hadiah utk hep besday sy..sy betul gmbira y adik kelima masih ingat date hepi besday sy...
..

Sunday, July 31, 2011

Assalamulaikum...

Tarikh lihat anak bulan Ramadhan Ahad ini 


Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah)
(Solat Semai  disiplin ,sikap mulai)

SOLAT adalah acuan terbaik bagi membentuk peribadi mulia kerana ia ibadat paling disukai Allah selain menjadi tiang agama Islam. Solat yang khusyuk menunjukkan kerendahan jiwa yang maksimum di depan Allah.

Bermula dengan berada pada kedudukan yang tinggi ketika berdiri, disudahi dengan kerendahan dan kehinaan ketika berada pada penghujung solat dengan keadaan duduk merendahkan diri di hadapan Allah.

Sunday, June 26, 2011

malam semalam terjadi berlaku kat rumah family kesayangan

Saya dan adik ketiga hampir mangsa TRAUMA
mak ayah dan 2 adik lelaki duk kat rumah kakak saya di shah alam coz adik laki nak amek barang2 lepas baru habis stdy.Malam semalam saya baru selesai buat siap pola ukur badan Ex kawan untuk simpan jika nak menjahit baju baru ketika adik ketiga tidur awal kat bilik yang terlalu penat coz sibuk kerja.saya nak pergi mandi dan solat isyak kemudia saya sedang bersalin tukar pakai T-shirt bila tengok periksa kat bilik adik ketiga sedang tidur dan penuh kunci kat rumah.apabila sy masuk kat bilik tidur yang adik ketga dan saya tak sedar yang ada orang cekup masuk kat bilik mak ayah di belah kat bilik saya..budak lelaki masuk kat bilik adik ketiga dan hampir sentuh di peluk badan adik ketiga keika saya sedang tidur bila adik ketiga berjaya dari budak itu dan bergesa masuk kat bilik sy dan adik ketiga dapat peluk saya,terkejut saya bila bertahu saya panik dan makin takut yang terjadi berlaku hampir trauma.bilik saya telah kunci oleh adik ketiga kemudia amek hanset punya saya untuk hubungi kakak sy pada kira 2.19 pagi..x lama lagi saya dapati sesuatu kat bilik d pintu yang budak tengah tunggu kat bilik saya,saya dan adik ketiga makin panik dan menangis..kakak hubungi saudara2 bila nasib saudara dan abang ipar isteri sepupu saya bergesa-gesa datang periksa keliling kat rumah family saya,saya dan adik lekas tukar pakai2..jiran salah orang ialah anak budak itu dan abang sepupu  saya tangga naik kat bilik mesin basuh di belakang bilik saya bila buka di pintu tangkap budak itu...saya dan adik ketiga tumpang tidur kat umah saudara mak cik pada kira kul 3.10 pagi..

Saturday, June 11, 2011

diubat rindu......

Assalamulaikum

Tahun lepas gambar akak dan adik semasa jemput pelajar dan pensyarah untuk terbuka puasa
Maaf ya tak ada gambar baru tahun ini...


kita sudah lama tak dengar berita dan sudah lama tak bertanya khabar
Maafkan akak coz lama tak main mesej untuk bertanya khabar pada adik kesayangan
Walaupun tak kira akak tak akan lupakan dan sayang dengan adik...
... 
hubungan kita tak akan biar hilang yang kita tetap hubung kita akan kekal
akak sentiasa beringatkan dan berada di sisi adik kesayangan jika terjadi berlaku apa-apa
akak tak akan biar terjadi berlaku adik kesayangan..percaya lah ALLAH sentiasa perhatikan adik kesayangan dengan keselamatnya...
akak akan berdoa untuk adik kesayangan..Semoga berusahaan kejayaan dan semoga selalu ceria

.


Friday, May 6, 2011

Keadaan hati dan ubatnya...


Rasullah s.a.w berpesan kepada Abdullah bin Umar : "Jadikanlah (hidupmu) di dunia ibarat seorang tamu atau pengembara yang sedang singgah di tengah perjalanan." (riwayat Bukhari)..Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar..Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran.

Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, ...lantaran takut pangkatnya hilang.

Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.

1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin.

jika punya tambahan penyakit-penyakit hati serta ubatnya, perkongsian anda amatlah dihargai ^^ 

Tuesday, May 3, 2011


Penyanyi lagu Thank You Allah cuba lupakan kisah kejahilan
SUATU ketika dulu dia pernah lalai dan hanyut dalam arus dosa dan noda. Leka dengan godaan dunia sehingga lupa pada agamanya sendiri. Itulah pengakuan penyanyi popular, Maher Zain, saat mendedahkan kisah silam sewaktu zaman kejahilannya tiga tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, dia terlalu asyik mengejar keduniaan dan banyak menghabiskan masa dengan berhibur, membuatkan dia semakin lupa pada yang Esa.
Ditambah hakikat dia sering dikelilingi sahabat yang tunggang langgang perjalanan hidupnya membuatkan Maher tersasar dalam mencari arah tuju. Mujurlah dalam keadaan terumbang-ambing begitu, Tuhan cepat memberikan kesedaran. Lantas, dia bangkit dan mencari jalan memperbetulkan diri.
“Tiga tahun lalu, hidup saya penuh dengan noda dan dosa. Macam-macam perkara jahat yang saya lakukan. Mencari hiburan di kelab malam, bersosial hingga lupa diri. Tapi mujurlah kesedaran itu datang dengan cepat dan saya tidak sempat untuk terjebak dalam gejala sosial yang lebih dahsyat seperti penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol.
“Dari situ saya sedar, Tuhan sentiasa ada di sisi saya untuk memberi panduan dan tidak mahu terus membiarkan saya terus sesat dan terumbang-ambing dalam menjalani kehidupan yang fana ini,” ujar Maher ketika ditemui pada majlis pelancaran album perdananya, Thank You Allah, di Menara Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Pada majlis itu, Maher turut menerima anugerah Platinum apabila album yang mula berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu itu berjaya dijual sebanyak 30,000 unit. Satu angka yang cukup hebat untuk penyanyi baru sepertinya.
Penghijrahannya itu dilakukan dengan rela hati, tanpa sebarang paksaan dari sesiapa. Cerita penyanyi Insha Allah ini, sampai satu tahap, ada getar di hati menyatakan apa yang dilakukannya itu adalah salah.
“Ada ketika saya sendiri sampai tahap bertegang urat dengan kawan-kawan dan mempertikaikan apa yang kami sudah lakukan sebelum ini. Dari situ, saya secara berdikit-dikit meninggalkan semua tabiat buruk. Perkenalan dengan komposer terkenal Red One menjadi titik tolak saya mengembangkan bakat sebagai seorang penulis lagu.
“Berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya cuba menyampaikan mesej bahawa walaupun kita sudah tersesat jauh, namun Allah sentiasa ada di sisi dan tetap menunjukkan jalan kebenaran,” tutur pemuda berusia 28 tahun ini.
Apabila dia menghasilkan album sulungnya, apa yang berlegar di fikiran adalah sekadar berkongsi bakat serta menyalurkan amanat berguna untuk semua penggemar muziknya. Namun tidak pula dia menyangka sambutan luar dugaan yang terbentang di depan mata.
“Saya tak tahu nak kata apa. Apabila album ini berjaya menarik perhatian peminat dari pelbagai negara, itu sudah cukup menggembirakan saya. Sekurang-kurangnya saya tahu mereka suka dengan apa yang saya hasilkan. Dan lebih mengujakan, golongan bukan Islam juga menyukai album ini,” cerita Maher lagi.
Ditanya apakah pandangannya terhadap sikap sesetengah pihak yang begitu fobia dengan Islam serta sering melabelkan agama suci ini dengan perkara tidak baik, Maher berkata, menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menunjukkan sifat terpuji seperti yang dikehendaki Islam supaya mereka di luar sana tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan musuh agama.



( Maher Zain-thank you Allah.....)